SOFTWARE

Backtrack 5 r3

Sepatutnya ini entri aku yang pertama tentang Backtrack..tapi masa aku mula2 buat label backtrack aku tidak terfikir pula...hehehe...kepada mereka yang belum tahu atau kepada mereka yang baru mahu berjinak2 dengan backtrack(macam aku la..baru mau blajar guna backtrack)..boleh la baca entri ini..
Backtrack ialah sistem operasi based on linux distro yang di bangunkan oleh seorang yang jahanam dari israel..OS ni dicipta khas untuk ujian penembusan(peneration testing)..Mula diperkenalkan pada tahun 2006(Backtrack1) dan sekarang telah keluar backtrack5 yang mana telah di upgrade dari segala segi..

Terdapat banyak tools untuk melakukan ujian penembusan dalam backtrack..aku malas mau senaraikan..kalau mau tahu cuba la guna atau googling..

Untuk mempelajarinya anda bolehlah berkunjung ke forum backtrack atau googling atau boleh rujuk utube..
Mempelajarinya tidak la susah sangat jika anda seorang yang memahami bahasa IT...bagi aku agak sukar sedikit kerana bukan saja aku kurang paham bahasa IT malah bahasa inggeris.....hahaha...

Sehinggah kini aku masih lagi mengkaji pengunaannya dan buat masa ini aku sangat tertarik untuk mempelajari cara serangan DoS menggunakan backtrack...terdahulu aku telah menguasai sedikit cara penggunaan bagaimana untuk hack wireless yang mengunakan WEP..WPA masih aku belum kuasai kerana WPA Cracking memerlukan Dictionary(kamus),bukan kamus dewan bahasa dan pustaka...

Tidak lama lagi setelah kajian aku selesai aku akan membuat tutorial DoS Router/IP..kepada yang berminat bolehlah berkunjung pada masa akan datang,..Mungkin lepas puasa..sekarang ni sibuk...

Kepada mereka yang ingin belajar cara hack wireless menggunakan backtrack tinggalkan pesanan..di ingatkan disini...aku akan buat tutorial jika ada 10  pengunjung tinggalkan pesanan dan 10 pengunjung tekan like pada post ni. mereka yang mengomen mestilah mempunyai akaun google...jumlah tukang komen tanpa nama/akaun tidak akan dikira...

Ingin aku tegaskan disini...apa saja tutorial pentest yang aku buat di blog ini adalah tujuan pembelajaran..di harap anda yang mempelajarinya tidak menyalahgunakan..tapi kalau mau salah guna juga..aku boleh buat apa kan...pandai2 la kau menjawab kalau ada apa2 jadi..

Diakhir kata..kepada sesiapa yang membaca entri ni terima kasih la sebab sudi luangkan masa membaca artikel aku ni..sebelum aku mengakhiri penulisan ini aku ingin menyatakan yang aku bukan la hacker,cracker atau packer. Aku cuma seorang insan biasa yang ingin berkongsi ilmu dengan anda semua...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan